Thursday, December 25, 2008

Segalanya punya hikmah…

Perjalanan hidupku selama ini lurus umpama lebuh raya. Segalanya telah dicatur oleh dua jurutera handalan yang telah membawaku mengenali dunia ini. Daripada pra-sekolah hinggalah ke matrikulasi. Segalanya berjalan lancar. Sehinggalah aku menerima tawaran ke IPTA dalam bidang yang tidak pernah ku impikan. Hatiku hancur luluh. Apakan daya… hakikat yang pahit itu terpaksa ku telan, terima dan lalui sehingga ke akhirnya...


Alhamdulillah..pengajian lengkap ku habiskan. Kenangan terindah zaman d kampus padaku hanyalah GAMELAN!!! Pencapaian peribadi terbesar dalam hidupku di kala diberikan kepercayaan menguruskan kumpulan pemain untuk konvokesyen 2 tahun berturut-turut..Sempat bermain juga untuk konvo khas Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir...What an honor!




Hingga kini masih terngiang-ngiang di telinga ku..gemersik alunan muziknya begitu halus dan menyentuh jiwa-jiwa yang menghayatinya…entah bila kan ku berpeluang bermain lagi…andai aku ke Uni lain..rasanya kebarangkalian untuk merasai pengalaman berharga ini mungkin tipis atau tiada langsung…bersyukurlah…



*PercaturanNya sememangnya sempurna…jom! kita kejar KasihNya bersama..*






1 comment:

annamlatun said...

JOM!!! Kita sama-sama kejar kasih-Nya...

Chaiyo2 kak zura...

Setiap kita ada perjuangan yang kita perlu dan mesti galas...dan setiap kita ada cara dan jalan yang telah dirangka oleh-Nya...

mungkin adakalanya kita sik dapat nampak apa rasional dan kebaikan yang kita peroleh atas sesuatu perkara ya...

namun yakinlah dalam diri,

bahawa janji-Nya adalah pasti...

dan Dia sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar...

Sama-samalah kita berjuang dan berlari ke arah-Nya...

Sesungguhnya, setapak kita ke dekat pada-Nya, Nya seribu tapak dekat pada kita...=)

Jaga dirik...=)

Keep it up!!!