Saturday, July 25, 2009

Aku diam..

Aku diam..
Di kala tiada apa untuk dibicara

Aku diam..
Tatkala engkau berbicara

Aku diam..
Bertafakur sejenak
Menginsafi kejadian diri

Aku diam..
Memikirkan jawapan terbaik
Agar bisa memuaskan hati semua orang

Aku diam...
Bukan enggan menjawab
Tapi terkadang sekadar mengangguk menggeleng memberikan jawapan
Tidakkah kau nanmpak?

Aku diam..
Bukan bererti benci
Tapi cuba menghayati saat itu dan memahami yang terjadi

Aku diam..
Bukan bermakna ku enggan mesra
Tapi terlalu mesra banyak padahnya

Aku diam…
Bukan bererti ku menyerah kalah
Tapi berhenti seketika, berfikir, menilai, merangka langkah seterusnya…

Aku diam...
Kerana aku adalah aku
Hidupku bukan hidupmu
Biarlah aku dengan caraku
Kerna setiap insan Dia ciptakan berbeza